malas!

Suatu ketika dahulu Moshe Dayan (bekas Menteri Luar Israel), menyatakan secara terbuka cita-cita dan keinginan negaranya.(membina Israel Raya dari Nil ke Furat).

Dia mendapat serangan dan kecaman dari bangsanya, kerana mereka khuatir pernyataanya itu dibaca oleh bangsa Arab (umat Islam) dan rencana jahatnya diketahui. Namun dengan tenang ia menjawab serangan kaumnya, katanya: Tenanglah, pecayalah padaku, bangsa Arab (dan juga Melayu – penterjemah) tidak akan membacanya, kerana mereka tidak suka dan malas membaca”.

Inilah kenyataan pahit yang dimiliki suatu umat yang ayat pertama dalam kitab yang diturunkan kepadanya memerintahkan; “Iqra” (bacalah).

Ternyata mereka malas dan tidak suka membaca. Kalaupun membaca, mereka tidak pandai memahami, kalaupun memahami, mereka tidak bersungguh-sungguh dalam melaksanakannya.

(Dr. Yusof Qaradawi)

ada quran tafsir?

bismillah, usrah sisters/muslimat dua minggu lepas ada cakap pasal tadabbur alquran. tapi ada sisters yang kata dia takde quran tafsir, so, kat hujung post ni, ada dua link untuk tengok quran tafsir. bolehla bookmark, dan rujuk setiap hari.

kenapa kena tadabbur?ingat tak kisah saidina umar, yang masa zaman jahiliyyah dia, extremely, super sangat kejam? kalau buat sape yang taktau, saidina umar pernah tanam anak perempuan dia hidup-hidup. tapi, bila terdengar je satu ayat dari alquran, terus dia menangis, dan masuk islam, tinggalkan sifat2 jahiliyyah dia. [kalau george bush mcm tu best kan?ni tak, terus je bunuh2 orang kat palestine].

banyak je lagi kisah lain jugak, di mana sahabat-sahabat terus beriman and practice iman diorang bila dengar sepotong-dua ayat dari alquran. antaranya, nasibah ra ketika perang uhud.

camne eh kita nak connect emotionally dengan quran macam tu sekali?salah satu caranya, is dengan tadabbur quran. tadabbur ni apa?maksudnya, kita memerhati dengan mengkaji dan menyelidik.

ada* yg bagi tips, atleast sehari sekali, atau setiap kali baca quran, kita cari dalam quran, apa lagi perintah Allah yang kita belum buat?then try untuk implement dlm hidup.

ni link untuk quran tafsir:
1.link satu
2.link dua

dan ni, borang untuk checklist amalan kita setiap hari[nama dalam bhs arab dia, mutabaah amal]. boleh kasi markah kat diri sendiri, then muhasabah, iman kita untuk minggu ni, compared to minggu lepas. this is following perintah Allah dalam surah alhasyr, 59 ayat 18:hai orang2 yg beriman[kitalah tu, Allah dedicate ayat ni untuk kita sebab kita kan beriman :) ], bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari akhirat. dan beberapa hadith riwayat tarmizi, menyuruh pada benda yang sama.

selamat beramal!kalau tak sekarang, bila lagi?jangan tunggu hingga tahi burung(dosa,titik hitam) dah keras dan penuh dah kat tingkap(hati/jiwa) kita. cuci cepat-cepat!

*sumber:buku tulisan abdullah abdul aziz al-aidan.

{weeklyUSRAHmin} - [nov,2nd week] Syak dlm Solat - part1

salam dari meja pengarang yg bersawang...

{ brief descriptions: }
Last week,umh Thaqif n da geng mnjadi mgsa serbuan lelaki2 gantang Ottawa...
sambutan sgt meriah,dihidangi dgn juadah yg ckup enak,bihun sup cap Bullet..(thnx to Bullet n da gang for the welcome serve). terbaek la org ckp...!!~
anywy, usrah dis tyme membincangn permasalahn "Syak dlm Solat"...

Usrah diadakn dlm bilik Alip, masyaAllah,mmg sardin abes tyme usrah...
rapat xrapat lelaki2 maskulin ini,diibaratkn bkn stakat daun2 kering sja yg xmmpu mencecah tanah andaikata beguguran, bola2 syaitan pon xmmpu menyelinap disebalik peha2 mereka.. klau ada polis canada wat ambuse nk tgkap gerakn underground nih, mmg surrender abes la,xle nk lari dh..
afterward,progrm usrah diakhiri ngn sebuah permaenan puaka di umh "Normandy" itu, Bola Syaitoon...!!
pape pon,cayalah Brozz..next usrah,umh KADER lak..!!!!

{usrah}

dalil : ayat hadis --> daripada Abi Sa3id al-Khudri RA katanya: Rasulullah saw bersabda:

إذا شّكَ أحَدكم في صلاتهِ فلم يدْرِكَم صلّى اثلاثا ام اربعا فليطرح الشك وليبْن على ما استيقن ثم يسجد سجدتين قبل ان يسلّم فإن كان صلّى خمسًا شفعن له صلاته وإن كان صلى إتماما لأربعٍ كانتا ترغيما للشّيطان

(رواه مسلم)

Apabila seseorg itu syak atau ragu2 dlm solatnya,xtau/xsure sama ada sudah mngerjakan tiga atau empat rakaat, maka dy hendaklah menghilangkn syak/keraguan itu dan membuat keputusan berdasarkn keyakinannya, kemudian sujud dua kali sebelum memberi salam, sekiranya dy mengerjakan lima rakaat, maka sujudnya tadi itu menggenapkn solatnya, dan andaikata dy mngerjakan empat rakaat, maka sujudnya itu sebagai penghinaan kpd syaitoonnnn...

mksud Khusyuk:
- solat ngn penuh perhatian kpd Allah, dilakukan ngn anggota badan dan hati, serta menjaga rukun dan adab2 solat dgn sempurna..
- di cni, sy quote cebisan kta2 dlm slh satu usrah muslimat..
::.. solat yg khusyuk itu,umpama meletakkn akhirat dan maut di hadapan kita, dunia ditnggalkn dibelakang, Raqid di sebelah kanan dan 3atid disebelah kiri...::

*sekadar perkongsian pngalaman;
sy selalunya cuba utk meletakkn diri sy dlm kondisi berdialog dgn Allah...
bkn setakat dr segi lisan (ya3ni mnyebut rukun2 fi3li semata2), bahkan anggota bdn laen turut mnyebut dan memuji kebesaran Allah ketika bersolat..
logiknya,apabila minda,hati dan anggota bdn kta memikirkn dan memuji Allah (berdasarkn kalimah2 dan bcaan ketika solat), proses ini akn indirectly mengenepikn hal2 dunia yg kta lalui sebelum solat buat sementara..kerna apa?? kerna kta sedang sebok berdialog dgn Allah mnggunakn seluruh tubuh bdn kta,inner n outer.. lg bnyk kta handling n monitoring anggota bdn itu,lg focus kta pd Allah kerna dunia ditinggalkn dibelakang, maut dan akhirat pula yg difikirkn di hadapan..
wallahua3lam..~

*utk convenient wat sume.. "3" yg digunakn akn merujuk kpd kalimah "ain".. ex: fi3li = ejaannya = "fa+ain+lam+ya"..kalu xphm,contact la sy kalu xkeberatan,iA sy akn wat demo..hehe..

syak dlm solat :
1. syak dlm rukun Fi3li
2. syak dlm rukun Qouli

1. syak dlm rukun Fi3li
- ragu2 sma ada dh wat 3 rakaat or 4 rakaat --> hilangkn kegusaran>>wat decision...
:>anggapkn kta msih dlm rakaat ketiga (ohh..xckup lg nih,kna hilangkn kegusaran dlu,so assume br rakaat ke-3)
:>den tmbh 1 rakaat lg..(wat decision)
therefore,add up = 4

- uncertain either dh wat sujud kedua or belum -->again,hilangkn kegusaran>>wat decision...
:>assume kta xsjud lg (hilangkn kegusaran)
:>so sjud la wat kali kedua (decide)

*dlm kedua2 kes nih,disunatkn kta wat sujud sahwi,سخد سهوي before bg salam..

nape eh kta gna policy cm gnih..??
btoi ka cni yg dilandaskn syara3..??




..فليطرح الشك وليبْن على ما استيقن
"maka hilangknlah keraguan itu,dan wat keputusan berdasarkn keyakinan.."

..ثم يسجد سجدتين قبل ان يسلّ
kemudian sujudlah dua kali sebelum mmberi salam..



*mgkin ada yg mmpersoalkn,cna eh kalu dy xyakin either dy dh wat rkaat 3 or 4, n realitinya,dy dh wat 4 rakaat.. still ptot ker dy assume dy br wat 3 rakaat..?? which means kalu dy assume dy br wat rakaat ketiga,nnt kalu gna policy td tuh,solatnya akn jd lima rakaat la kn..??
summary:
-ali,dlm rakaat keempat
-ali xsure dy dh rakaat keempat or ke-3,so dy gna policy td..
-assuming dy br wat 3 rakaat,den ali tambah lg 1 rakaat..
-kalu gna approach yg disarankn Rasulullah itu,solatnya akn jd 4 rakaat..
-tp in realiti,solatnya dh jd lima rakaat..?? tidakkah begitu??

kta tgk sket...apa komen Rasulullah saw.

فإن كان صلّى خمسًا شفعن له صلاته
"maka sekiranya dia mngerjakan lima rakaat,maka dua sujudnya tadi itu mnggenapkn solatnya.."
*xyh la kut nk dielaboratekn lg,hujah Rasulullah itu dh ckup mantop utk diexplainkn..

tp kalu dy br wat 3 rakaat(afterward, mmg solatnya is sum up in reality jd 4 rakaat)..??:
وإن كان صلى إتماما لأربعٍ كانتا ترغيما للشّيطان
"dan sekiranya,dy mngerjakan 4 rakaat(cun2 empat rakaat dy wat >bak kta org kg ak), maka dua sujudnya itu td sebagai penghinaan kpd syaitonn..




2. Syak dlm rukun Qouli.
- syak either dh bca fatihah or belum etc...

:> kalu org tu syak dlm rukun qouli, dan msih berada dlm posisi rukun tersebut,maka dy dikehendaki mmbaca bacaan berkenaan. dlm hal nih,dy xyh wat sujud sahwi..
:> tp kalu syak itu berlaku, dan dy dh terlajak msuk lam rukun laen, maka dy dikehendaki mengulangi semula rukun tersebut dan disunatkn sujud sahwi..

to summarize:
kalu kta syak pape lam solat,amek pendekatan "kta xwat lg".. part yg ni wajib,hilangkn syak dan wat decision itu wajib..
den sujud sahwi itu, sunnat jua hukumnya...
wallahua3lam....

to be continued....
*next up,kaedah sujuh sahwi,bacaan sjud sahwi dan perbandingan antara sjud sahwi dan sjud2 laen..(sujud tilawah,sjud syukur..)




sejarah dan titik muhasabah

Bismillah

InsyaAllah muhasabah bersama.








sabtu ni!


[forwarded from Imran Tuan Yaacob]

Bismillah

Assalamualaikum Wa-rahmatullahi Wa-barakatuh

Stress dengan study dan exam?! Letih dengan homework keliling pinggang?! Jom lepak sekejap sambil mendengar penyampaian bermanfaat daripada Bro Mus'ab Shaharom (mantan Presiden MISG). InsyaAllah slot ini akan diadakan pada hari Sabtu (Nov 14), jam 9.30pm EST (ottawa & toronto time) melalui Paltalk (room: Kuliah Net).

InsyaAllah tajuk yang akan disampaikan adalah berkenaan Student's Life yang berkisar mengenai kepentingan masa belia dan impak yang boleh dibawa. Ketahui juga perkara yang boleh dilakukan semasa belia ini untuk menjadikan hidup kita lebih bermanfaat insyaAllah. Jadi, jangan ketinggalan untuk mengikutinya!

pesanan penaja:mari meriahkan kuliah net dengan orang canada!heh. how to use paltalk? klik sini. bosan lah kan asyik dengar kitorang kitorang je membebel.

jama' ke qadha solat?

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya.

Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

dah habis!

assalamualaikum,

alhamdulillah, tamat sudah program dua hari. thanks kepada yang sudi hadir memeriahkan program, sama ada yang datang dari jauh, mahupun dekat.

1. nak mintak maaf sangat for the bad food on saturday, tak tersangka takde lauk atau salad langsung. but alhamdulillah, hari ahad sangat kaya dengan makanan. dari, pagi, tengahhari, hinggalah ke petang. thanks to kak zidah and kak aimi. and sorry pinggan sangat buruk kualitinya.pinggan murah.huhu.

2. kepada yang masih belum bayar duit, silalah bayar eh. hehe. kita sama2 student. ;) bayar boleh pada milan, megat, dila, atau saya sendiri. saya dahului dengan ucapan terima kasih.

3. nak mintak tolong, tolong isi feedback form yang dapat sekali dengan file kertas tu. aseef jiddan(sorry sangat2) tak sempat nak mintak masa program, thus menyusahkan pula dah bawak balik form, kena cari pulak one of us utk submit the forms. soalannya tak banyak. and insyaallah membantu evaluate the effectiveness of the program. please please yek hantar forms tu? kalau sape2 yang rasa dia dah hilang form tu, or mereka yang dari jauh, boleh mintak softcopy pada saya, dan isi terus je kat situ, then send balik the document to me. ikut preference.

4. and oh ya, this link was given by mira, dia suruh share kat blog. komik yang best! ini linknya.

thanks. semoga muslims in ottawa, and canada collectively, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmatNya selalu. ingat kata akh fazrul, Allah seronok, kita pun seronok. kalau Allah marah, kita tinggalkan!

tomorrow is the dayyy!

photo by syazli


Assalamualaikum kawan-kawan, seniors, dan juniors, dan rakan sebaya.

tibalah hari yang *dinanti-nantikan*. apa perasaan anda? tak sabar? cuak? bosan? tak berperasaan?malas?

ESOK, pukul 930 mula registeration insyaAllah. benar, anda sudah register nama. tapi belum bayar kan? hehe. maka masa nihla anda nak bayar. bila bayar, anda dapat file dan bolehlah kita mula.

kat mana? loeb building, a720. signs insyaAllah akan diletakkan, sebab bilik tu memang agak tersorok. mysterious sikit. yang penting, masuk loeb, cari lif kat blok A, dan naik hingga tingkat 7 ya. [naik tangga pun boleh, lagi banyak langkah ke tempat majlis ilmu, lagi banyak pahala. kot?].

taktau loeb kat mana?[jangan mengaku anda budak carleton]. loeb building kat sebelah southam hall.

apa yang perlu anda bawa? sila bawak pen! atau pensel, dan yang sewaktu dengannya. alquran dan buku nota juga, dialu-alukan untuk bawak. dan jangan buat-buat lupa bawak 10cad[5cad untuk sabtu, 5cad untuk ahad]. kita akan solat di situ sahaja, maka untuk perempuan, sila berpakaian yang sesuai untuk solat, atau bawa telekung. sejadah disediakan, insyaAllah.

see you guys there.
p/s:kalau tak register nama lagi, tapi nak datang, sila datang, jangan segan2. [tolong sebarkan info].

Quick post

salam mujahadah...

dis is juz a quick post,i was wondering b4,plik gak la coz a lot of people keep asking me about the background of the speaker for this coming BOB's program.

rsanya dh attached kot kt lam entry b4 dis,kalu tgk btol2,sedari Atiqah ada wat hiperlink kt nama "Fazrul Ismail",(click jer kt nma beliau,nnt akn link ke website tu).tp xtau la,mgkin slh dr pihak kami sndrik,xbp clear kot penjelasan kitorg,a'sif jiddan,will be improve in future..

utk rujukan,(the entry that i mentioned about)
>>click cni yer kwn2

so ni details n some backgrounds of the speaker,msa ak mula2 bca ak dh rsa impressed sket ngn beliau,we'll wait n see jela his performance n presentation nnt cne,doakn yg terbaek yer shbt2~

FAZRUL ISMAIL - is a consultant, coach and trainer. He has advised and worked with organizations and individuals from a wide range of backgrounds and professions in Malaysia. Currently he is in Los Angeles, doing personal research while his wife is attending University of Southern California. His interest is in Systems Thinking. Several modules has been developed to help people managing life much more holistic and systemic. One of the famous module is Master PIES (physical, intellectual, emotional and spiritual capacity).

He graduated from Purdue University with a Degree Certificate in Chemical Engineering. He also completed an intensive Arabic Language course from Alim International Arabic Learning Center in Kaherah, Mesir. He was the head boy at Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh.

He published two books under PTS Publications and Distributors on a topic called Systemic Thinking and “Hidup Zero Alasan”. He is actively writing and designing websites to spread messages in Islam through educational and exercise means. His main website are System Thinking Gallery and MasterPIES.


Carier

Pengarah Eksekutif, Total Success Resources, Bangi (kini)

Penolong Pengurus, Quality Expert Sdn Bhd, Shah Alam

Pengarah Eksekutif, KERSANI Training Center, Segamat

Pereka Laman Web Pendidikan Jarak Jauh Jabatan Veterinar Purdue University, West Lafayette, Indiana

Pengkaji Usia Karbon, Jabatan Fizik, Purdue University


Experience and Presentation on Systemic Thinking:

Menulis buku ‘Hidup Zero Alasan’ terbitan PTS (2006)

Pembentangan Kertas Kerja ‘Pemikiran Sistemik: Kewajaran dalam Sistem Pendidikan Malaysia’ di USM, Pulau Pinang (2005)

Seminar on Systems Thinking di International Islamic University, Gombak (2004)

Menulis buku ‘Pemikiran Sistemik’ terbitan PTS Publications & Distributors (2003)

Pembentangan Kertas Kerja Kajian ‘Systems Thinking: Our Future’ di Inter-College Undergraduate Research at Butler University, Indianapolis, Indiana

Pembentangan Kertas Kerja Kolokium Fikir di Program Pemikiran Sistemik di Al-Azhar University, Kaherah, Mesir (2003)

Pembentangan Kertas Kerja bagi Anak Johor di Mesir bertajuk: Antara Bumi Mesir dan US: Satu Analisis (2003)


Activities and Organizations

Presiden Muslim Student Association, Purdue University, West Lafayette, Indiana 2000-2002

Presiden Malaysian Islamic Study Group USA & Canada 2000-2002

Presiden American Top University Student Association 1999

Menyertai Seminar Kepimpinan, Purdue University , Indiana

Peserta dalam Konvensyen ISNA


Books and Articles

Pemikiran Sistemik (2003)– diterbitkan di Mesir

Pemikiran Sistemik (2004)- diterbitkan di Malaysia oleh PTS Publications & Distributors.

Kolumnis Majalah i diterbitkan oleh Karangkraf (2004).

Systems Thinking in Action –teknik aplikasi Pemikiran Sistemik

Teknik Komunikasi untuk Nuqaba’

Mengapa 10? – menerangkan mengapa ada 10 Prinsip dalam Pemikiran Sistemik

Amalan Berjaya bagi Lelaki dan Wanita –konsep berjaya yang dinyatakan dalam Surah al-Mukminoon

Tentatif Program

Assalamualaikum.

Tentatif untuk program As Sab'ul-Mathaani nanti,inshaAllah seperti yg berikut :

31 October 2009 Saturday

10.00 Program starts – Slot 1 (1.5 hr)

11.30 Break

11.35 Slot 2 (1 hr)

12.30 Lunch

1.00 Zuhur

2.00 Slot 3 (1.5 hr)

3.30 Asar

4.00 Slot 4 (1 hr)

5.00 pm Dismiss

1 November 2009 Sunday

10.00 Program starts – Slot 5 (1.5 hr)

11.35 Lunch

12:00 Zuhur

12.30 Slot 6 (2 hr)

2:30 Asar

3.00 Slot 7 (2 hr)

5.00 Dismiss

*any changes (kalau ada) akan diupdate kemudian.

WeeklyUsrah3 -[Ogos09]


inilah mereka,video ini menceritakan segala2nya,so xperlu kot ak elaborate pnjng2... sit back and enjoy it..!!~


Register Now!

Bismillah
Assalammualaikum.



Registration for
"As Sab'al-Mathani; The 7 Repeated Verses"
A Tafsir of Surah Al-Fatihah
by Fazrul Ismail
is now

OPEN!




Simply email us your Name and University/City before
October 27th, 2009.

For Brothers: milanfman_89@yahoo.com (Milan Fahmi)

For Sisters: dilah_inzaghi@yahoo.co.uk (Dila Safar)

    Narrated Sa’eed lbn Al-Mu’aliaa: “… Prophet (sallallahu alahi wa-sallam) said to me: “I will teach you a surah, which is the greatest surah in the Qur’aan before you leave the masjid,” and he took hold of my hand. Then, when he was about to leave I said to him: “Didn’t you say to me: “I will teach you a surah which is the greatest surah in the Qur’aan.
    ” He said: 'الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ' - Surah Al- Fatihah, which is the Seven Often repeated Verses, and the Glorious Qur’aan which has been given to me.”
[Saheeh Al-Bukhaari]


sneak peaks.

bismillah, have you ever wondered, WHY...
  • bismillah dlm fatihah wajib, surah lain tak wajib?
  • bukak majlis dengan alfatihah?
  • semua rakaat solat pun kena baca alfatihah.
  • kenapa kat sini ada yang tak baca Bismillah ? Padahal kat Malaysia baca.
  • Selepas Imam baca Fatihah, kenapa Makmum baca lagi?
  • Mengapa ma’mum kena aminkan?
  • Mengapa al-Fatihah wajib? Lain bacaan adalah sunat?
  • Mengapa Alhamdulillah selepas Bismillah?
  • Apakah yang sebenarnya kita kena faham dalam al-Fatihah?

15-87

[15:87] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya.

it must has great importance; as repitition in biology and science, is a sign of proven hypothesis.




THEREFORE, (here comes the suprise) lets join us in this event!

usrahMAC brings to you,

TAFSIR SURAH ALFATIHAH,

a session with fazrul ismail.

(click on the link on his name to know who he is)

October 31st and November 1st.(10am-5pm)

Carleton University

terbuka utk semuaaaaaaaaaa muslimin/muslimat, di ottawa atau bukan.

5CAD per day(lunch disediakan)

any questions?feel free to drop a comment kat sini!(takpon ym je)


many contents in this post were copied from here, here and here.
SPREAD THE WORDS!