ada quran tafsir?

bismillah, usrah sisters/muslimat dua minggu lepas ada cakap pasal tadabbur alquran. tapi ada sisters yang kata dia takde quran tafsir, so, kat hujung post ni, ada dua link untuk tengok quran tafsir. bolehla bookmark, dan rujuk setiap hari.

kenapa kena tadabbur?ingat tak kisah saidina umar, yang masa zaman jahiliyyah dia, extremely, super sangat kejam? kalau buat sape yang taktau, saidina umar pernah tanam anak perempuan dia hidup-hidup. tapi, bila terdengar je satu ayat dari alquran, terus dia menangis, dan masuk islam, tinggalkan sifat2 jahiliyyah dia. [kalau george bush mcm tu best kan?ni tak, terus je bunuh2 orang kat palestine].

banyak je lagi kisah lain jugak, di mana sahabat-sahabat terus beriman and practice iman diorang bila dengar sepotong-dua ayat dari alquran. antaranya, nasibah ra ketika perang uhud.

camne eh kita nak connect emotionally dengan quran macam tu sekali?salah satu caranya, is dengan tadabbur quran. tadabbur ni apa?maksudnya, kita memerhati dengan mengkaji dan menyelidik.

ada* yg bagi tips, atleast sehari sekali, atau setiap kali baca quran, kita cari dalam quran, apa lagi perintah Allah yang kita belum buat?then try untuk implement dlm hidup.

ni link untuk quran tafsir:
1.link satu
2.link dua

dan ni, borang untuk checklist amalan kita setiap hari[nama dalam bhs arab dia, mutabaah amal]. boleh kasi markah kat diri sendiri, then muhasabah, iman kita untuk minggu ni, compared to minggu lepas. this is following perintah Allah dalam surah alhasyr, 59 ayat 18:hai orang2 yg beriman[kitalah tu, Allah dedicate ayat ni untuk kita sebab kita kan beriman :) ], bertaqwalah kepada Allah, dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuat untuk hari akhirat. dan beberapa hadith riwayat tarmizi, menyuruh pada benda yang sama.

selamat beramal!kalau tak sekarang, bila lagi?jangan tunggu hingga tahi burung(dosa,titik hitam) dah keras dan penuh dah kat tingkap(hati/jiwa) kita. cuci cepat-cepat!

*sumber:buku tulisan abdullah abdul aziz al-aidan.

2 comments:

حكيمه خانئ said...

yg ni blh download

http://www.google.com.my/search?q=zekr+download&ie=utf-8&oe=utf-8&aq=t&rls=org.mozilla:en-US:official&client=firefox-a

atiqahmohammadkhuzaini said...

thx kima!i was looking for one, tp xde yg best. barakallhufeek.