ngumpat/kutuk

bismillah.

intro:
somehow mengumpat sinonim ngn perempuan kan?n mengutuk pula, sinonim dgn lelaki. anda pernah termengumpat?terkutuk?tercaci orang?hurm, dia terasa tak?if yes, baik mintak maaf!sebelum terlambat, jasad dikambus tanah.err, ambik kesempatan ni nak minta maaf jugak semua warga ottawa atas semua salah silap terngumpat/terkutuk. hu.

ok so last week kami sisters share surah alhumazah untuk tafsir, based on tafsir syed qutb, fizilalilquran. (boleh download pdf surah ni kat sini). surah ni, famous lah jugak pasal mengumpat kan?tapi rupanya theres more to it than just larangan mengumpat. jeng jeng jeng.

1.
surah ni turun kat mekkah, ia adalah motivasi utk org islam. sebabnya, Allah bgtahu, sape yg kutuk2 derg (org islam), sape yg caci derg, Allah akan campak mereka dalam api neraka hutomah. pay back time, masa akhirat.

2.
other than that, ayat ni juga adalah untuk mendidik orang islam. kita tengok maksud ayat dia:
kecelakaan untuk setiap pengumpat dan pengeji:
ngumpat sikit2 pon celaka juga. hu.

yang giat mengumpul harta dan menghitungnya:
err, kira2 duit scholarship dikira ke tak?hu. syed qutb tafsirkan bahawa giat kumpul harta, pastu sentiasa menghitung2, ie materialistik adalah simptom2 pengumpat dan pengeji. jadi sebagai prevention measures, perkara ini disebut sekali dalam surah ini. apa relation kumpul harta and mengumpat?

ia menyangka harta kekayaan dapat mengekalkannya
bila dia kumpul2 harta, dia mula rasa superior, rasa hebat, mula hina/caci orang bawahan, walau dengan sekecik2 cara. ie isyarat mata, mimik muka, etc. tengok orang homeless rasa jijik je.
pakcik syed qutb kata, "ini adlh gambaran jiwa hina, yang tandus dari maruah dan iman!"
sebab dia takde direct link dgn Allah, dia lupa yang Allah yang bagi dia semua nikmat pandai/kaya etc. bila hati dia takde direct link dgn Allah, maka mulalah hati dia busuk, n kerja nak kutuk/ngumpat org je tau. hohoho.

3.
tidak sekali-kali begitu, bahkan dia akan dilontarkan ke dalam neraka hutomah
dan tahukan engkau, apakah neraka hutomah itu?
itulah api Allah yang menyala2
yang menjulang ke atas hati2
kita sume tahu kan ngumpat tu dosa. tp dlm ayat-ayat ni, Allah stresskan lagi dengan tegasnya betapa teruknya pengumpat dan pencaci ni!bukti kecelakaan yang amat sangat. and dalam ayat 7, api tu menyala dan menjulang ke atas hati-hati, ditafsirkan oleh pakcik syed qutb: "satu gambaran yang mengerikan bagaimana api itu membakar hati yang menjadi sumber yang melahirkan umpat keji dan menjadi sarang perasaan suka menyenda, sombong dan takbur itu.

4. dan conclusion
sesungguhnya api neraka ditutup ke atas mereka
sedangkan mereka terikat pada tiang yang panjang.
memang tak boleh lari!Allah tutup api tu atas penghuninya, pastu ikat pulak kat tiang 'seperti binatang tanpa sebarang kehormatan'[syedqutb, pageke3] n bakar. kulit hancur, Allah tumbuhkan kulit balik, n bakar balik. repeatedly.

ngumpat sgje tak sgje, sikit banyak, ingatlah, yes, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tapi Allah juga almuntaqim, Yang Menghukum. astaghfirullah. mari kikis satu lagi sifat jahilyyah dari diri, insyaAllah.