picnic iman


Ehem-ehem!
Salam alayk buat serikandi-serikandi jelita @ ottawa sekalian

Esok yakni ari jumaat hari berkat yakni April 23rd, kita akan ada PICNIC IMAN ya kawan2!
yeayy!

Usrah macam biasa di samping untuk celebrate the nice weather, kite buat picnic iman, ie picnic+games+usrah kat mooneys bay park. Barang sesiapa yang tidak mengetahui dimanakah lokasinya,silalah berkumpul kat bus stop umah fana before 1 pm (sape lambat kene bagi next usrah!heee), ie. bus stop before bus stop kedai halal kat princeofwales.

Kite akan start picnic iman dgn solat zuhur kat park pukul 1pm, then tutup dgn solat asar at 5pm.
(Nak 5am pun boleh!Qiam terusss!heee)

Sila bawak quran mcm biasa. Oh ye, makanan potluck!kalau taknak lapar, sile bwk mknn best2 ya kawan2!

[adaptasi dari mesej sang naqibah yang comel]

ps: sila bawak selendang @ sejadah @ kertas tandas sbg lapik solat.

^_^

So, jumpa esok!

gambar ihsan: ya habibi mr. yahoo images!

announcement


bismillah. usrah sisters adjourned, till april 22nd insyaAllah.

cadangannya, 22hb tu nak buat potluck picnic kat luar. we'll see how it goes. sebarang idea/cadangan dialu2kan.

bittaufiq wannajah semua. all the best exams!

p/s:igt kisah maryam yg kita bedah haritu, di kala sarat bersalin pun, still kena usaha jugak goyangkan pohon kurma untuk dapat makan(maryam:25). tambah2 kita yang sihat ni, perlu berusaha!pesan untuk diri sendiri, sebelum untuk orang lain.

ngumpat/kutuk

bismillah.

intro:
somehow mengumpat sinonim ngn perempuan kan?n mengutuk pula, sinonim dgn lelaki. anda pernah termengumpat?terkutuk?tercaci orang?hurm, dia terasa tak?if yes, baik mintak maaf!sebelum terlambat, jasad dikambus tanah.err, ambik kesempatan ni nak minta maaf jugak semua warga ottawa atas semua salah silap terngumpat/terkutuk. hu.

ok so last week kami sisters share surah alhumazah untuk tafsir, based on tafsir syed qutb, fizilalilquran. (boleh download pdf surah ni kat sini). surah ni, famous lah jugak pasal mengumpat kan?tapi rupanya theres more to it than just larangan mengumpat. jeng jeng jeng.

1.
surah ni turun kat mekkah, ia adalah motivasi utk org islam. sebabnya, Allah bgtahu, sape yg kutuk2 derg (org islam), sape yg caci derg, Allah akan campak mereka dalam api neraka hutomah. pay back time, masa akhirat.

2.
other than that, ayat ni juga adalah untuk mendidik orang islam. kita tengok maksud ayat dia:
kecelakaan untuk setiap pengumpat dan pengeji:
ngumpat sikit2 pon celaka juga. hu.

yang giat mengumpul harta dan menghitungnya:
err, kira2 duit scholarship dikira ke tak?hu. syed qutb tafsirkan bahawa giat kumpul harta, pastu sentiasa menghitung2, ie materialistik adalah simptom2 pengumpat dan pengeji. jadi sebagai prevention measures, perkara ini disebut sekali dalam surah ini. apa relation kumpul harta and mengumpat?

ia menyangka harta kekayaan dapat mengekalkannya
bila dia kumpul2 harta, dia mula rasa superior, rasa hebat, mula hina/caci orang bawahan, walau dengan sekecik2 cara. ie isyarat mata, mimik muka, etc. tengok orang homeless rasa jijik je.
pakcik syed qutb kata, "ini adlh gambaran jiwa hina, yang tandus dari maruah dan iman!"
sebab dia takde direct link dgn Allah, dia lupa yang Allah yang bagi dia semua nikmat pandai/kaya etc. bila hati dia takde direct link dgn Allah, maka mulalah hati dia busuk, n kerja nak kutuk/ngumpat org je tau. hohoho.

3.
tidak sekali-kali begitu, bahkan dia akan dilontarkan ke dalam neraka hutomah
dan tahukan engkau, apakah neraka hutomah itu?
itulah api Allah yang menyala2
yang menjulang ke atas hati2
kita sume tahu kan ngumpat tu dosa. tp dlm ayat-ayat ni, Allah stresskan lagi dengan tegasnya betapa teruknya pengumpat dan pencaci ni!bukti kecelakaan yang amat sangat. and dalam ayat 7, api tu menyala dan menjulang ke atas hati-hati, ditafsirkan oleh pakcik syed qutb: "satu gambaran yang mengerikan bagaimana api itu membakar hati yang menjadi sumber yang melahirkan umpat keji dan menjadi sarang perasaan suka menyenda, sombong dan takbur itu.

4. dan conclusion
sesungguhnya api neraka ditutup ke atas mereka
sedangkan mereka terikat pada tiang yang panjang.
memang tak boleh lari!Allah tutup api tu atas penghuninya, pastu ikat pulak kat tiang 'seperti binatang tanpa sebarang kehormatan'[syedqutb, pageke3] n bakar. kulit hancur, Allah tumbuhkan kulit balik, n bakar balik. repeatedly.

ngumpat sgje tak sgje, sikit banyak, ingatlah, yes, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tapi Allah juga almuntaqim, Yang Menghukum. astaghfirullah. mari kikis satu lagi sifat jahilyyah dari diri, insyaAllah.