ngumpat/kutuk

bismillah.

intro:
somehow mengumpat sinonim ngn perempuan kan?n mengutuk pula, sinonim dgn lelaki. anda pernah termengumpat?terkutuk?tercaci orang?hurm, dia terasa tak?if yes, baik mintak maaf!sebelum terlambat, jasad dikambus tanah.err, ambik kesempatan ni nak minta maaf jugak semua warga ottawa atas semua salah silap terngumpat/terkutuk. hu.

ok so last week kami sisters share surah alhumazah untuk tafsir, based on tafsir syed qutb, fizilalilquran. (boleh download pdf surah ni kat sini). surah ni, famous lah jugak pasal mengumpat kan?tapi rupanya theres more to it than just larangan mengumpat. jeng jeng jeng.

1.
surah ni turun kat mekkah, ia adalah motivasi utk org islam. sebabnya, Allah bgtahu, sape yg kutuk2 derg (org islam), sape yg caci derg, Allah akan campak mereka dalam api neraka hutomah. pay back time, masa akhirat.

2.
other than that, ayat ni juga adalah untuk mendidik orang islam. kita tengok maksud ayat dia:
kecelakaan untuk setiap pengumpat dan pengeji:
ngumpat sikit2 pon celaka juga. hu.

yang giat mengumpul harta dan menghitungnya:
err, kira2 duit scholarship dikira ke tak?hu. syed qutb tafsirkan bahawa giat kumpul harta, pastu sentiasa menghitung2, ie materialistik adalah simptom2 pengumpat dan pengeji. jadi sebagai prevention measures, perkara ini disebut sekali dalam surah ini. apa relation kumpul harta and mengumpat?

ia menyangka harta kekayaan dapat mengekalkannya
bila dia kumpul2 harta, dia mula rasa superior, rasa hebat, mula hina/caci orang bawahan, walau dengan sekecik2 cara. ie isyarat mata, mimik muka, etc. tengok orang homeless rasa jijik je.
pakcik syed qutb kata, "ini adlh gambaran jiwa hina, yang tandus dari maruah dan iman!"
sebab dia takde direct link dgn Allah, dia lupa yang Allah yang bagi dia semua nikmat pandai/kaya etc. bila hati dia takde direct link dgn Allah, maka mulalah hati dia busuk, n kerja nak kutuk/ngumpat org je tau. hohoho.

3.
tidak sekali-kali begitu, bahkan dia akan dilontarkan ke dalam neraka hutomah
dan tahukan engkau, apakah neraka hutomah itu?
itulah api Allah yang menyala2
yang menjulang ke atas hati2
kita sume tahu kan ngumpat tu dosa. tp dlm ayat-ayat ni, Allah stresskan lagi dengan tegasnya betapa teruknya pengumpat dan pencaci ni!bukti kecelakaan yang amat sangat. and dalam ayat 7, api tu menyala dan menjulang ke atas hati-hati, ditafsirkan oleh pakcik syed qutb: "satu gambaran yang mengerikan bagaimana api itu membakar hati yang menjadi sumber yang melahirkan umpat keji dan menjadi sarang perasaan suka menyenda, sombong dan takbur itu.

4. dan conclusion
sesungguhnya api neraka ditutup ke atas mereka
sedangkan mereka terikat pada tiang yang panjang.
memang tak boleh lari!Allah tutup api tu atas penghuninya, pastu ikat pulak kat tiang 'seperti binatang tanpa sebarang kehormatan'[syedqutb, pageke3] n bakar. kulit hancur, Allah tumbuhkan kulit balik, n bakar balik. repeatedly.

ngumpat sgje tak sgje, sikit banyak, ingatlah, yes, Allah itu Maha Penyayang dan Maha Pengampun, tapi Allah juga almuntaqim, Yang Menghukum. astaghfirullah. mari kikis satu lagi sifat jahilyyah dari diri, insyaAllah.

movie

bismillah.
haritu time usrah ktrg, dah lama jugaklah actually, we watched a movie, tajuknya 'the last castle'.

copy pasted below, is nota dilamaya pasal movie ni. best2, a must watch. memang thumbs uplah. tapi kena tengok lepas tu reflectla, kalau tak, tak dapat apa. ;)

movie the last castle.


-Ada 2 pegawai penjara/pemerhati (salah seorang tu col win ke nama dia, kalau x silap), dan us army prisoners yg di oppressed.
Mcm symbolic to orang US and Israel (pemerhati) and Muslims (prisoners). Orang2 Us and Israel ni suka tgk bila muslims ni sibuk2 dengan urusan/ pergaduhan sesama sendiri. Dorang suka bila 'muslims' pecah belah, leka dgn permasalahan and lupa benda2 yang penting. dorang takut bila umat islam ni bersatu. (dalam movie, pegawai2 penjara try robohkan tembok yg prisoners2 tu bina cepat2. tembok = unity)

-we need a strong leader.
Waktu awal2, Aguilar sorang je stand up supaya tembok tak dirobohkan. kawan2 prisoners yang lain macam tak beri support kt Aguilar. Walau time tu dorang dah ade unity (bina tembok) tapi, perlu ade keberanian and leader pon mainkan peranan yang penting.
At the end, bila general tu stand up, semua prisoners tu ikut cakap general and takde siapa berani tembak prisoners tu.

-Waktu general tu kene punishment angkat batu.
Yang terseksa nya 'seorang' (Palestine). Rakan2 sekeliling (Umat ISlam seluruh dunia) yang tak boleh nak tolong, tapi still boleh bantu in terms bagi support, doa, bantuan2 lain, boikot. suara2 ni penting. cuma yang sedih, dalam ade yang bagi support, nampak jugak yang tak nampak keseksaan 'seorang' nie. ade yang 'batting' pulak. or just anggap ni as permainan.

-kesalahan yang kecik, tapi kene dalam tahanan yang lama..
Kesalahan di mata kita maybe kecik, tapi di 'mata' Yang MAha Besar macam mana pulak. sebab apa lama, must have reasons. Allah Maha Adil.

-setiap orang punya peranan masing2. kecik or besar. time nak berperang hancurkan pegawai penjara tu, semua gunakan kepakaran masing2.

bangkitlah

Tatkala kewafatan Rasulullah SAW, seluruh ummat Islam di jazeerah 'Arab seolah-olah hilang pendirian. Seluruh ummat Islam kesedihan kerana kehilangan insan yang cukup di sayangi dan di sanjungi.

Al-Faruq (Saidina 'Umar 'Al-Khattab), seorang sahabat Rasulullah SAW yang setia bingkas ke hadapan ummat dan memberitahu mereka,

"Sesungguhnya orang munafik menganggap bahawa Rasul Allah sudah wafat, dan sungguh demi Allah, Muhammad tidak wafat, tetapi dia pergi kepada Tuhannya sebagaimana perginya Musa bin Imran."

"Demi Allah, Rasulullah akan kembali dan biarlah ia memotong tangan orang-orang yang meganggap baginda telah wafat."

"Ketahuilah, begitu kudengar sesraong mengatakan bahawa Rasulullah telah wafat, maka aku akan belah kepalanya dengan pedangku ini."

Hingga begitu keaadan beliau. Beliau tidak dapat menerima kewafatan Rasulullah SAW kerana sayangnya beliau terhadap baginda SAW.

Andai Al-Faruq pun dalam keadaan sedemikian, apatah lagi sahabat-sahabat yang lain. Keadaan ummat Islam pada ketika itu kelihatan tidak menentu.

Abu Bakar As-Siddiq, seorang sahabat yang setia kepada Rasulullah SAW telah pun hadir ke reumah Baginda SAW untuk melihat wajah kekasih yang dicintai itu. Betapa hatinya sedih menatapi insan tersayang terbaring ditengah-tengah rumah Baginda SAW. Namun, beliau menyedari, Allah SWT telah melaksanakan urusanNya terhadap Baginda SAW. Rasulullah SAW kini telah pun bertemu kembali Rabbnya.

Beliau keluar daripada rumah dan melihat kekalutan ummah. Begitu menyedihakan sekali keadaan ummat kerana tidak dapat menerima kewafatan Rasulullah SAW, lalu beliau tampil ke hadapan untuk mengingati mereka,

"Wahai orang ramai! Siapa yang menyembah Muhammad maka sesungguhnya Muhammad telah mati."

"Dan sesiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah hidup selamanya dan tidak boleh mati."

Kemudian dia membacakan sepotong ayat al-Quran :
Dan tidaklah Muhammad itu kecuali seorang Rasul dan telah lewat sebelumnya rasul-rasul, maka jika ia mati atau terbunuh apakah kamu sekalian akan berpaling ke belakang? Barang siapa yang berpaling ke belakang maka ia tidak akan merugi Allah sedikitpun dan Allah akan membalas orang-orang yang bersyukur. [Ali-'Imran : 144]
Demi Allah, ummat Islam ketika itu yang mendengar ayat Allah itu seolah-olah disambar petir. Saidini 'Umar yang tadi teguh berdiri tiba-tiba jatuh ke bumi kerana lemahnya kakinya mendengar firman Allah tersebut. Betapa beliau merasakan, bagaiman boleh muncul ketabahan yang begitu utuh dalam ssat-saat yang membingungkan ini.

Ada pun, kata-kata orang mukmin itu ibarat helang yang hinggap dalam sekelip mata pada kata rahsia yang akan mengembalikan semangat ummat yang telah jatuh kepada kesedaran untuk menyambut tanggungjawab yang besar.

"Sesiapa yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati. Dan siapa yang menyembah Allah maka sesungguhnya Allah hidup selama-lamanya dan tidak boleh mati. Kalau begitu, naiklah kuda-kuda Allah. Kibarkanlah bendera-bendera Allah. Hai para pembawa panji ini, berdirilah dan pergilah serta teruskanlah perjalanan menuju matahari yang bersinar dengan agama yang baru."

Teriakan Abu Bakar As-Siddiq telah mempengaruhi jiwa-jiwa mereka. Mereka kemudian bangkit dan menuju ke tubuh mulia yang terbaring dan memberikan penghormatan yang terakhir bercampur dengan tekad yang kuat yang akan mereka pergunakan untuk menyambut tanggungjawab di masa berikutnya.

Lantaran daripada peristiwa ini, bendera Islam telah disambut oleh para sahabat untuk sebarkan Islam keseluruh pelosok bumi. Dengan berbekalkan keimanan dan ketaqwaan, mereka berusaha untuk menyampaikan cahaya Islam kepada setiap tempat yang dilalui, setiap manusia yang di temui.

Berkat usaha mereka, Islam kini bertapak di tanah air tercinta, Malaysia. Begitu murni niat dan usaha orang-orang terdahulu. Hanya Allah sahaja yang layak membalas mereka dengan sebaik-baik balasan kerana mereka telah membuktikan setiap amalan mereka.

Kini, panji-panji Islam telah diserahkan kepada generasi baru. Kini, tibalah masanya untuk generasi baru ini menyambung usaha Rasulullah SAW, para sahabat dan orang-orang terdahulu untuk menyampaikan risalah mulia ini kepada seluruh makhluk di dunia ini hingga suatu masa, seluruh makhluk akan tunduk dan patuh pada Allah, rabbul 'alamin.

Wallahu'alam
cp-ed from here