sabtu ni!


[forwarded from Imran Tuan Yaacob]

Bismillah

Assalamualaikum Wa-rahmatullahi Wa-barakatuh

Stress dengan study dan exam?! Letih dengan homework keliling pinggang?! Jom lepak sekejap sambil mendengar penyampaian bermanfaat daripada Bro Mus'ab Shaharom (mantan Presiden MISG). InsyaAllah slot ini akan diadakan pada hari Sabtu (Nov 14), jam 9.30pm EST (ottawa & toronto time) melalui Paltalk (room: Kuliah Net).

InsyaAllah tajuk yang akan disampaikan adalah berkenaan Student's Life yang berkisar mengenai kepentingan masa belia dan impak yang boleh dibawa. Ketahui juga perkara yang boleh dilakukan semasa belia ini untuk menjadikan hidup kita lebih bermanfaat insyaAllah. Jadi, jangan ketinggalan untuk mengikutinya!

pesanan penaja:mari meriahkan kuliah net dengan orang canada!heh. how to use paltalk? klik sini. bosan lah kan asyik dengar kitorang kitorang je membebel.

jama' ke qadha solat?

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

Perkara ini perlu dijelaskan kerana dalam kalangan umat Islam, termasuk di Malaysia ada yang begitu longgar dalam akidah tapi begitu sempit dalam perkara fekah. Maka kita tidak hairan jika menemui di Malaysia mereka yang berserban atau berkopiah dan begitu takut untuk terkeluar dari mazhab fekah kebiasaannya, namun dalam masa yang sama dia masih percaya kuat kepada bomoh, atau gurunya dianggap ajaib, atau masih percaya tangkal itu dan ini.

Sepatutnya, dalam isu akidah seseorang hendaklah sensitif dan selalu takut akan segala unsur syirik. Sementara dalam soal fekah, ada keluasan yang diberikan oleh syarak yang boleh kita amalkan, namun ramai orang masih takut dengannya.

Umpamanya, di sebelah Eropah ini, pada musim sejuk seperti sekarang, waktu siang agak singkat. Waktu solat mereka berkejaran dengan waktu kelas atau peperiksaan. Sebenarnya, dalam hal yang seperti ini, mereka boleh mengamalkan solat jamak, tanpa qasar. Sekalipun jika mereka menganggap diri mereka sudah tidak bermusafir, mereka tetap mempunyai peruntukan untuk menjamakkan solat tanpa qasar.

Jamak bermaksud menghimpun dua solat dalam satu waktu, samada pada waktu pertama, atau kedua. Ini bagi solat zohor dan asar, atau maghrib dan isyak. Maka boleh dihimpunkan solat zohor dalam waktu asar, atau sebaliknya. Demikian maghrib dan isyak. Adapun qasar, iaitu memendekkan solat empat kepada dua rakaat, maka ia dikhususkan untuk mereka yang bermusafir. Sementara jamak, boleh untuk dilakukan oleh mereka yang sakit, ketakutan, terlalu sibuk, hujan, terlalu sejuk, musafir dan segala kesusahan yang lain.

Dalam hadis Muslim, daripada Sa’id bin Jubair meriwayatkan daripada Ibn ‘Abbas, katanya: “Rasulullah s.a.w bersolat Zuhur dan ‘Asar secara jamak di Madinah tanpa sebab ketakutan atau musafir”. Kata Abu Zubair: “Aku bertanya Sa’id mengapa Rasulullah s.a.w berbuat demikian?”. Jawabnya: “Aku pun pernah bertanya Ibn ‘Abbas seperti mana engkau bertanyaku, jawab Ibn ‘Abbas: “Kerana baginda mahu agar umatnya tidak beban”.

Maka bagi yang kesuntukan masa, seperti pelajar, atau doktor bedah, atau ahli parlimen, atau polis yang bertugas menjaga lalu lintas, atau mereka menjaga jentera yang sukar untuk ditinggalkan, maka peruntukan jamak ada dalam hadis ini untuk mereka. Namun malangnya di Malaysia, ada yang sanggup meninggalkan solat apabila masuk hospital atas alasan sukar untuk solat.

Apa tidaknya, fekah yang diajar diajar begitu sukar kerana ditokok tambah berbagai hukum lain yang memayahkan. sehingga disuruh sesiapa yang sakit tidak mampu berwuduk sepenuhnya untuk wuduk separuh dan bertayamum sebakinya. Orang sihat pun hanya berwuduk, tiba-tiba yang sakit disuruh wuduk dan tayamum.

dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

dah habis!

assalamualaikum,

alhamdulillah, tamat sudah program dua hari. thanks kepada yang sudi hadir memeriahkan program, sama ada yang datang dari jauh, mahupun dekat.

1. nak mintak maaf sangat for the bad food on saturday, tak tersangka takde lauk atau salad langsung. but alhamdulillah, hari ahad sangat kaya dengan makanan. dari, pagi, tengahhari, hinggalah ke petang. thanks to kak zidah and kak aimi. and sorry pinggan sangat buruk kualitinya.pinggan murah.huhu.

2. kepada yang masih belum bayar duit, silalah bayar eh. hehe. kita sama2 student. ;) bayar boleh pada milan, megat, dila, atau saya sendiri. saya dahului dengan ucapan terima kasih.

3. nak mintak tolong, tolong isi feedback form yang dapat sekali dengan file kertas tu. aseef jiddan(sorry sangat2) tak sempat nak mintak masa program, thus menyusahkan pula dah bawak balik form, kena cari pulak one of us utk submit the forms. soalannya tak banyak. and insyaallah membantu evaluate the effectiveness of the program. please please yek hantar forms tu? kalau sape2 yang rasa dia dah hilang form tu, or mereka yang dari jauh, boleh mintak softcopy pada saya, dan isi terus je kat situ, then send balik the document to me. ikut preference.

4. and oh ya, this link was given by mira, dia suruh share kat blog. komik yang best! ini linknya.

thanks. semoga muslims in ottawa, and canada collectively, dimurahkan rezeki dan mendapat rahmatNya selalu. ingat kata akh fazrul, Allah seronok, kita pun seronok. kalau Allah marah, kita tinggalkan!